الاسم + الاسم
Membina ayat yang dimulai isim dipanggil jumlah ismiah.
Ayat asas dalam jumlah ismiah ini adalah (isim+isim).
Isim yang pertama dikenali sebagai al-mubtada'(المبتدأ).
Dalam Bahasa Melayu, ia dikenali sebagai subjek. Iaitu kata nama pemula ayat.
Al-mubtada'(المبتدأ) mestilah isim yang mempunyai alif lam makrifah (ال) atau nama khas.
Isim yang kedua dikenali sebagai al-khobar (الخبر).
Ia bermaksud, predikat iaitu pelengkap ayat. Isim al-khobar (الخبر) ini mestilah nakirah (نكرة) iaitu tidak mempunyai alif lam makrifah (ال).
Contoh ayat (isim+isim) adalah:
السيارة+ جديدة Kereta itu +baru
= السيارة جديدة =Kereta itu baru
محمد + وسيم Muhammad + kacak
= محمد وسيم = Muhammad kacak

No comments:
Post a Comment