Sunday, October 7, 2018

Contoh ayat الاسم+الاسم


* Isim mubtada' dan khobar mestilah sepadan iaitu, jika mubtada' itu muzakkar (lelaki) maka khobar juga harus muzakkar seperti contoh: محمد كريم .

*Jika mubtada' itu muannas (perempuan) maka khobar juga harus muannas seperti contoh: الطالبة مجتهدة

*Jika mubtada' itu musanna (dua) maka khobar juga musanna seperti contoh: الرجلان مؤمنان،     الطالبتان مجتهدتان

*Jika mubtada' itu jama' muzakar salim (tiga dan lebih bagi lelaki) maka khobar juga jama' muzakar salim. Contohnya, الرجال مؤمنون

*Jika mubtada' itu jama' muannas salim (tiga dan lebih bagi perempuan) maka khobar juga jama' muannas salim. Contohnya, الطالبات مجتهدات





الاسم + الاسم


 الاسم + الاسم

Membina ayat yang dimulai isim dipanggil jumlah ismiah.
Ayat asas dalam jumlah ismiah ini adalah (isim+isim).

Isim yang pertama dikenali sebagai al-mubtada'(المبتدأ).
Dalam Bahasa Melayu, ia dikenali sebagai subjek. Iaitu kata nama pemula ayat. 
Al-mubtada'(المبتدأ) mestilah isim yang mempunyai alif lam makrifah (ال) atau nama khas.

Isim yang kedua dikenali sebagai al-khobar (الخبر). 
Ia bermaksud, predikat iaitu pelengkap ayat. Isim al-khobar (الخبر) ini mestilah nakirah (نكرة) iaitu tidak mempunyai alif lam makrifah (ال). 

Contoh ayat (isim+isim) adalah:
 السيارة+ جديدة           Kereta itu +baru
= السيارة جديدة            =Kereta itu baru

محمد + وسيم              Muhammad + kacak
= محمد وسيم              = Muhammad kacak





#8 Jumlah Ismiyyah | Belajar Nahwu: Animated Learning

Monday, September 3, 2018




* Konsep Zikrullah
Ada satu soalan yang sering ditanya kepada kita. Kebanyakan daripada kita pun pasti akan menjawabnya dengan jawapan yang sama atau hampir sama. Soalan itu ialah Kaifa haluk? (Apa khabar saudara?) Jawapannya ialah Ana bikhair wal hamdulillah (saya baik dan alhamdulillah).
Apa yang ingin dibicarakan di sini ialah jawapan alhamdulillah iaitu menyebut nama Allah. Persoalannya kenapa soalan ini sahaja kita menjawabnya dengan menyebut nama Allah? Kenapa dalam soalan lain atau suasana yang lain kita tidak mampu menyebut nama Allah?
Sehubungan itu, kita akan mengaitkan apa saja ayat yang kita bina dengan satu zikrullah yang paling sesuai. Dalam hal ini sekiranya kita mudah mengingati Allah, Allah akan memudahkan kita untuk belajar mengingati perkataan lain.
l Konsep Panggilan Mesra
Dalam komunikasi berkesan kita digalakkan menyebut nama, gelaran atau pangkat seseorang. Dalam al-Quran, perkataan ya... (seruan yang bermakna wahai…) disebut sebanyak 361 kali.
Sehubungan itu kita boleh mulakan dengan panggilan mesra atau panggilan mesra diletakkan di awal atau di hujung percakapan.
Terdapat dua faedah utama yang boleh kita peroleh sekiranya kita menggunakan konsep ini. Faedah pertama kita dapat membanyakkan atau memanjangkan ayat yang kita bina. Faedah kedua pula dapat mengeratkan hubungan komunikasi antara kita dan orang yang kita hubungi.
* Konsep Intonasi
Dalam pembelajaran bahasa Arab secara tradisional, para pelajar dikehendaki membaca beberapa ayat dalam satu intonasi sahaja. Oleh itu dalam kaedah mudah ini, pelajar dikehendaki melakonkan satu perkataan dalam pelbagai intonasi.
Sebagai contohnya perkataan La yang bermakna tidak atau penafian. Seorang pelajar yang menghayati bahasa Arab mampu membuat pelbagai intonasi yang sesuai berdasarkan masa, tempat dan kedudukan walaupun hanya satu perkataan.
Perkataan La boleh dialunkan intonasinya dalam keadaan biasa, menafikan cara lembut, menafikan secara bersungguh-sungguh, menafikan cara keras, secara mengada-ngada, geram, marah, bersahaja, terkejut, kagum dan sebagainya.
* Konsep Bahasa Badan
Ini diambil dari konsep iman iaitu membenarkan dalam hati, melafazkan dengan lidah dan melakukan dengan anggota badan. Dalam pembelajaran bahasa Arab secara tradisional, para pelajar hanya menggunakan dua pertiga sahaja. Mereka jarang menggunakan anggota badan untuk membantu pertuturan mereka.
Sehubungan itu, berteraskan modal insan, para pelajar dikehendaki menggunakan bahasa badan mereka sebagai sokongan. Ini secara tidak langsung akan memudahkan mereka berinteraksi dengan lebih menyakinkan dan menyenangkan mereka menghafal perkataan baru.
Dalam hal ini, kita ambil satu contoh mudah. Mr. Bean, seorang pelakon popular telah mengaplikasikan konsep iman ini dengan menjadikan bahasa badan sebagai teras dalam aksi komedinya.
Filem beliau terkenal, difahami dan diterima pakai di seluruh dunia. Kini, beliau boleh dikatakan seorang yang berjaya dalam bidang lakonan. Kenapa anda tidak mahu mencuba konsep iman ini semasa belajar Bahasa Arab?
* Konsep Pengukuhan Dengan ayat al-Quran, al-hadis dan Kata-kata hikmat
Untuk pengukuhan kita gunakan perkataan yang digunakan dalam al-Quran, hadis atau kata-kata hikmah. Sebagaimana kita maklum, bahasa al-Quran tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pakar bahasa.
Begitu juga dengan al-Hadis dan kata-kata hikmat dalam bahasa Arab yang boleh dijadikan sebagai panduan penting dalam mempelajari bahasa Arab ini.
Sehubungan itu, kita sepatutnya menggunakan kekuatan yang kita ada ini berbanding pelajar yang belajar bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa Arab tidak dapat menggunakan kelebihan ini. Jika kita tidak memanfaatkan kelebihan ini, sudah tentu kita akan mengalami suatu kerugian besar.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz5QCkKtSKH 
© Utusan Melayu (M) Bhd